Angka maut akibat tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm di Jalan Genting Highlangs-Batang Kali meningkat kepada 21 mangsa berbanding 19 individu sebelum ini.<br /><br />Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu sidang media memaklumkan, ketika ini operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan bagi mencari baki 12 mangsa yang hilang.
